Tuesday, July 3, 2007

Masuk bermatlamat,Keluar bermaklumat


SEJARAH ASRAMA

Asrama SMK Tinggi (P) MELAKA telah dirasmikan oleh Toh Puan Fatimah Bt. Ismail,isteri kepada Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka,pada hari Sabtu bersamaan dengan 27 Feb,1965.Sehingga kini asrama ini telah berusia hampir 50 tahun.

KAPASITI ASRAMA
Pada awal tahun 1965, kapasiti penghuni asrama adalah seramai 150 orang sahaja. Namun, peningkatan bilangan pelajar memohon untuk mendapatkan tempat di asrama pada awal tahun 1970-an, membuatkan satu blok tiga tingkat telah ditambah bagi menampung permintaan tersebut. Sehubungan itu,muatan asrama telah meningkat kepada 300 orang.
Mulai tahun 1998, pelajar yang mendapat tawaran Rancangan Khas, diwajibkan tinggal di asrama berterusan hingga kini, namun jika ada yang tidak mahu menetap di asrama, mereka tidak dipaksa. Selain itu, pembukaan kelas Rancangan Kawalan pada tahun 2003, menjadikan kapasiti asrama meningkat sehingga 315 orang pada tahun tersebut.Sehingga kini, jumlah penghuni asrama sebenarnya adalah dalam lingkungan 280 orang hingga 285 orang, kerana ada pelajar yang keluar dan yang masuk.


FIZIKAL ASRAMA


1. Tempat tinggal (Dorm / Kamar)
Matlamat utama penubuhan asrama adalah untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang selesa bagi pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah. Terdapat tiga blok yang mengadungi 16 "Dorm/Kamar" dijadikan sebagai tempat tinggal. Kini, blok-blok tempat tinggal pelajar telah dinamakan sebagai Blok Siti Aishah, Siti Khadijah dan Blok Siti Hajar.

Antara dorm yang sering memenangi pertandingan dorm terkemas pada hari 'inspection' dijalankan _ D1


2. Bilik 'Prep'


Bilik Belajar bagi aspuri-aspuri yang mengambil peperiksaan awam iaitu aspuri tingkatan 5 dan tingkatan 3.



Didalam dewan belajar,bahagian aspuri tingkatan 2 ketika prep petang.

Sebahagian tempat belajar aspuri tingkatan 4 ketika belajar petang iaitu dari pukul 3.30 hingga 4.30 petang.

Bilik ini ditempatkan di Blok Siti Hajar bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 sahaja. Bilik ini telah diubahsuai dan diceriakan untuk membolehkan pelajar belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 mereka ditempatkan di Blok Halimatus Sa'adiah yang sedang dalam penambahbaikan dari segi fizikalnya.

3. Dewan Makan



Dewan ini dinamakan sempena nama serikandi wanita islam iaitu Rabiatul Adawiyah. Dewan ini boleh memuatkan sehingga 320 orang pada satu-satu masa. Dewan ini telah dihias indah hasil kerjasama pengusaha dewan makan yang baru iaitu Fixmill Enterprise. Dewan makan ini telah diiktiraf sebagai dewan makan terbersih (GRED A) oleh pihak Jabatan Kesihatan Melaka.


Sebahagian exco asrama 07/08 . Ketika dalam tugas di Dewan Makan bagi makan berjemaah.


4. Bilik Gerakan AsramaBilik ini ditempatkan di Blok Siti Khadijah.Projek pengubahsuaian bilik ini daripada Bilik Pelancongan telah dilakukan pada tahun 2003 dan sehingga kin masih memerlukan beberapa perkara untuk diperbaiki.Bilik ini menjadi tempat para pelajar berbincang,mesyuarat AJK Asrama,mesyuarat warden,takilimat dan pelbagai kegunaan lain mengikut keperluangan.


5.Bilik Tayang/Rekreasi/Perpustakaan Mini

Semua aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan asrama dilakukan di sini.Pelajar-pelajar dibenarkan menonton televisyen yang disediakan pada masa-masa yang telah ditetapkan dalam peraturan asrama.Pelajar-pelajar juga boleh mendapatkan maklumat yang disediakan dengan dipantau oleh AJK Akademik Asrama.


6.Bilik Rehat/Rawatan



Katil-katil yang disediakan bagi pelajar-pelajar yang sakit.

Bilik ini terletak di sebelah Bilik Gerakan Asrama.Terdapat 3 buah katil disediakan sekiranya ada pelajar yang sakit.Ubat-ubatan jenis makan tidak disediakan demi keselamatan pelajar.Ubatan luaran disimpan Bilik Gerakan.Pelajar boleh mendapatkan bekalan dengan kebenaran warden bertugas.


7. Surau
Awal tahun 2005, pihak sekolah telah mencarikan peruntukan untuk membaiki dan membesarkan surau memandangkan keadaannya yang agak kurang selesa untuk pelajar-pelajar beribadat. Kini, surau ini telah dinamakan sebagai surau An-Najjah. Semua urusan penjagaan surau diseliakan oleh pihak asrama dengan bantuan pekerja-pekerja asrama. Penghuni Asrama menggunakan surau ini sebagai tempat untuk solat jemaah dan aktiviti kerohanian yang lain. Suaru ini boleh menampung lebih kurang 500 pelajar pada satu masa.


8. Kemudahan-kemudahan Lain



a) Bilik mandi disediakan di setiap tingkat untuk kemudahan pelajar.


b)Bilik dobi terdapat di Blok Siti Aishah dan satu lagi disediakan secara berasingan berdekatan dengan Blok Halimatus Sa'adiah.


c)Bilik dobi di Blok Siti Hajar disediakan dengan tiga buah mesin basuh.Pelajar yang ingin menggunakan kemudahan ini dikenakan bayaran mengikut berat pakaian yang hendak dicuci.Duit dobi yang diperoleh disimpan dalam tabung kebajikan asrama untuk kegunaan kebajikan pelajar-pelajar jika perlu.



d)Sebuah gelanggang bola tampar terletak di tengah-tengah antara Blok Siti Hajar dengan Blok Siti K hadijah.Pelajar-pelajar yang ingin berekreasi boleh menggunakan kemudahan ini pada sebelah petang.


e)Sebuah astaka telah dibina dihadapan Bilik Penyelia. Bangunan ini didirikan pada tahun 2003 dan telah pun digunakan secara rasmi pada tahun 2004 untuk majlis sambutan Ambang Merdeka dan majlis Jamuan Akhir Tahun bersama-sama keluarga penghuni asrama.
Pondok - pondok mini disediakan di tepi dan belakang bilik gerakan.

f)Pihak pengurusan asrama juga sedang menambah prasarana asrama yang lain iaitu sebuah taman dan pondok tempat pelajar berehat. Beberapa tempat lagi sedang dalam proses untuk pembaikan.


Tempat perbincangan dan kemudahan belajar bagi aspuri yang dinamakan Wakaf Za'aba


g)Dua pondok telefon dan satu telefon berkad juga disediakan untuk kemudahan pelajar berkomunikasi.

h)Sebuah 'water-cooler' disediakan juga termasuk sebuah 'dispenser' air oleh pihak Coca-Cola.

i)Bilik Warden luar disediakan di Blok Siti Aishah.


j)Sebuah bilik (Bilik Warden A)akan dinaik taraf untuk dijadikan sebagai bilik pelancong atau bilik untuk disewakan kepada yang memerlukan penginapan sementara.


k)Dua buah 'Aura Water' sumbangan PIBG telah dipasangkan untuk memastikan semua penghuni asrama mendapat bekalan air minum yang bukan sahaja bersih malah berkhasiat.



AKTIVITI TAHUNAN ASRAMA


1. Perarakkan Maal Hijrah

Kesemua Aspuri berkumpul mengikut tingkatan dengan tersusun.Setiap tingkatan dikehendaki melakar kain rentang sendiri bagi dipertontonkan.Pakaian,disiplin,dan kain rentang di ambil kira dalam pemarkahan pertandingan.Selawat ke atas Nabi Muhammad (saw) dilaungkan beramai-ramai sepanjang perjalanan sejauh 400 m dengan bersungguh-sungguh.


2. Pertandingan Nasyid Sempena Maal Hijrah

Aktiviti ini dijalankan pada waktu malam dan wajib bagi setiap tingkatan.Ia disambut hangat dari setiap aspuri yang menyaksikannya.nasyid ini dihakimi oleh 2 orang guru praktikal dan seorang guru sandaran.Pelajar tingkatan 5 telah menyandang sebagai juara,tingkatan 3 naib juara dan tingkatan 4 tempat tiga.



aspuri-aspuri sabar menunggu persembahan peserta



3. Sukaneka Asrama SMKTPM

Antara aktiviti ini yang dijalankan ialah belon jaring,tarik tali bertelur,'triple jumbo','explorace',tarian poco-poco dan pada malamnya persembahan daripada setiap tingkatan.



4. Karnival Sukan Asrama(KOSUHEM)






Sekolah kami telah menyertai pelbagai acara yang disediakan.Antaranya,pertandingan kawad kaki,permainan bola tampar dan bola jaring.'Indoor game' yang dipertandingkan adalah karom,catur dan 'scrable'.Malangnya, asrama kami tidak memenangi sebarang pertandingan yang dipertandingkan.Walaubagaimana pun kami tetap terhibur di sana.


















Peserta ASTPM berkawad.Gabungan antara unit-unit uniform pelajar asrama seperti Kadet Polis,Kadet Bomba dan Kadet Remaja Sekolah.



GURU PEMBIMBING


ENCIK AZAM SAHRAN BIN HJ SAMAD


PARA EDITOR




JUKHAIRIAH BTE MD SAID





FARIDA BTE HASNAN



NUR FATIN IZZATI BTE RAHMAT

SEKIAN TERIMA KASIH.JANGAN LUPA KOMEN...(jukh_ieda_atin)